Selasa, 27 September 2011

Perlukah Aku Tersenyum?


Tersenyumlah wahai diri,


Jika anda mengalami kesusahan yang diselimuti rasa resah dan sedih maka tersenyumlah, barangkali dengan senyuman itu dosa-dosamu akan diampuni.

Jika anda merasa sebagai orang miskin dan anda juga merasakan betapa sakitnya tuntutan keperluan kehidupan, maka tersenyumlah, barangkali kemiskinan itu lebih elok bagi anda, barangkali kemiskinan itu menghindarkan anda dari kesombongan, kekayaan, kemewahan dan fitnah dunia.

Jika anda sakit dan hanya mampu berbaring di atas katil berselimut putih, maka tersenyumlah kerana sakit itu menghapuskan dosa-dosa, ubat bagi hati anda, dan waktu terbaik untuk bertaubat kepada Allah.

Jika anda dizalimi oleh seseorang dan dihina oleh orang zalim, maka tersenyumlah, sebab anda adalah orang yang dizalimi bukan orang yang menzalimi. Pujilah Tuhanmu, sebab Dia telah melindungimu dengan tidak menempatkan anda sebagai orang yang berbuat zalim tetapi sebagai orang yang dizalimi.

Dipetik dari buku Demi Masa (Wal 'Asr) karya Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni

Hidup ini satu pilihan, maka pilihlah...
Gold. Glory. Grave.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan