Isnin, 4 Julai 2011

Andainya Dia...

Andainya dia jodohku...

Jodoh adalah satu misteri yang masih tidak terungkap lagi. Siapakah jodoh dan berapa lamakah jodoh berpanjangan adalah satu misteri yang menjadi rahsia Ilahi. Kita dengar sebuah lagu dulu:


Mungkin ramai yang mengungkapkan "perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik" (Q64:26). Namun jangan kita terlupa bagaimana Allah merakamkan kisah Nabi Lut dan Nabi Nuh dan isteri mereka. Mereka insan pilihan, namun diuji dengan isteri yang tidak taat. Jangan juga kita terlupa kisah Asiah dan suaminya Firaun, beliau beriman kepada Allah, namun dia diuji dengan suami yang mengaku dirinya tuhan.

Adakah Quran mempuyai ayat yang bertentangan? Rasanya mungkin kita yag tersalah baca konteks ayat tersebut. Jadinya adakah jaminan orang yang baik akan dijodohkan dengan orang yang baik juga? Di sini akan timbulnya takut dan harap. Allah mengajar kita berdoa dengan doa ini:
"Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami pasangan dan zuriat keturunan yang menjadi penyejuk pandangan mata dan jadikan kami ikutan bagi orang-orang yang bertakwa" (Q77:74)

Andainya dia jodohku. Kehidupan ini penuh dengan pengharapan, ia juga penuh dengan kekecewaan. Seorang sahabat pernah menulis:
"Don’t send me mixed signals, I don’t like the confusion that it brings. I’d rather have the honest truth, even if it hurts, because then I won’t be wasting my time depending on false hope to keep me hanging on."

Andainya dia bukan jodohku. Kekecewaan pasti menyelubungi diri. Seorang sahabat pernah menasihati:
"Saat kau tidak mengerti maksud Tuhan, cubalah memilih untuk percaya. Saat kau tertekan penuh kekecewaan, cubalah memilih untuk bersyukur. Saat rencana hidupmu tidak berjalan dengan sempurna, cubalah memilih untuk berserah, bukan menyerah. Saat putus asa melingkupimu, cubalah memilih tetap maju dan berjalan bersama Allah."

Andai dia...

"Ya Allah, sekiranya Engakau takdirkan dia menjadi isteriku, maka mudahkanlah urusan ini untuk kami. Namun jika engkau takdirkan dia bukan isteriku, maka palingkanlah hatiku daripadanya dan palingkan hatinya daripadaku, jangan Engkau biarkan kami menyakiti antara satu sama lain. Wahai Tuhan yang mebolak-balikkan hati, tetapkanlah hati ini."

Hidup ini satu pilihan, maka pilihlah...
Gold. Glory. Grave.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan