Isnin, 4 Julai 2011

Kabut

Kabut dapat diertikan sebagai kabus tebal ataupun kabur, kelam atau tidak nyata (boleh rujuk Kamus Dewan). Bila ditambah perkataan kelam, maka ia menjadi kelam-kabut. Kelam-kabut mempunyai erti gelap atau tidak nyata ataupun kacau-bilau atau tidak keruan.

Kabut. Kali ini TK ingin menceritakn kabut yang terjadi dalam hidup TK. Pada pandangan TK dunia ini penuh dengan kabut. Sangat berkabut. Sampai rasa takut dengan kekabutan yang melanda ini.

Kabut dalam politik. Kabut ini sangatlah jelas kelihatan. Pihak A kata pihak B salah. Pihak B kata pihak A salah. Pihak B kata merekalah benar. Pihak A kata merekalah benar. Sangatlah kabutnya. Kalau dua-dua pihak benar, apa terjadi? Sangat kabut.

Kabut dalam masyarakat. Bila politik dah kabut, masyarakat lagilah kabut. Banyak isu kabut. Nanti makin berkabut jika diceritakan.

Kabut dalam organisasi. Ini pun satu hal. Majikan kata merekalah benar. Pekerja kata merekalah benar. Kalau dah dua-dua pihak memang benar, apa keputusannya? Kabut. Kabut yang menyesakkan nafas.

Bagaimana untuk mengatasi kekabutan ini? Entahlah, sangat kabut pemikiran TK untuk mencari jalan keluarnya. Adakah TK nak membiarkan si luncai terjun dengan labu-labunya, ataupun membiarkan kancil tersepit di tengah-tengah gajah yang bertarung, ataupun melihat timun dilenyek durian yang bergaduh, ataupun membenarkan penumpang kapal laut membuat lubang di perut kapal bagi mendapatkan air?

Bila kita ambil jalan tengah, orang kata kita tidak ada pendirian. Bila kita memihak, orang kata kita berat sebelah. Apa kejadahnya kekabutan ini.

Mungkin ada yang bagi penyelesaian yang berbunyi, apa kata kita kembali kepada agama. Waah, cadangan yang menarik dan bagus. Mari kita tanya agamawan dalm urusan ini. Apakah agaknya jawapan mereka. Namun begitu bagi TK, TK melihat mereka berada dalam kabut. Oh tidak. Ada diantara mereka yang mendakwa, merekalah paling benar agamanya, orang lain salah. Begitu pihak yang lain juga. Sangat kabut. Pernah dengar label-label yang dikeluarkan oleh golongan ini? Sangat kabut. Namun begitu tidak semua begitu, hendaklah kita sebagai penuntut ilmu mengatakan yang benar pada perkara benar dan salah pada perkara salah.

Adakah sudah tiba masanya untuk TK mengambil pedang dan mengetuknya di batu dan meninggalkan kekabutan ini? Sementara kita berfikir, apa kata kita dengar lagu Pak Pandir, Yang Remeh Temeh. Mungkin liriknya memberikan kita idea yang bernas.

Kabut menyebabkan kita keliru.

Hidup ini satu pilihan, maka pilihlah...
Gold. Glory. Grave.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan