Tajuk asal entri ini sepatutnya adalah "Bagaimana Saya Merawat Chicken Pox (Cacar Air) Tanpa Ubat." Tulisan ini diambil dari status fb salah seorang sahabat saya yang telah menggunakan teknik ini dengan jayanya. Namun, suka TK ingatkan, kaedah yang akan diterangkan merupakan kaedah alternatif kepada perubatan massa sedia ada.
Beliau menulis:
---
BAGAIMANA SAYA MERAWAT CHICKEN POX(cacar air) TANPA UBAT.
By: Safur
Korang penah kena demam campak tak? Tak penah? Ahh..takkan kena punyalah. Sbb dah besar panjang. Takkan bole dpt chickenpox lg...
Haa..jgn igt korang so called DEWASA, so mustahil bole dpt chickenpox ya! Sbb aku dah jumpa ramai students aku yg umur 18-20thn bersepah2 yg dpt chickenpox!
Mari kita berkenalan dgn demam campak. Apa itu CAMPAK? MEASLES? CHICKEN POX? Apa BEZA semua ni? Campak=rubeola=measles. Chicken pox=cacar air. Apa PERSAMAAN measles dan chicken pox? Kedua-duanya adalah VIRAL-CAUSED. Apa pulak tu? Viral-caused=Sebab virus. BUKAN BAKTERIA. Measles=caused by measles virus. Chickenpox=caused by varicella-zoster virus.
If bacterial-caused maka boleh dirawat dgn ANTIBIOTIC(in sha Allah). Kena igt disini. Antibiotik bunuh semua bacteria. Ia tidak dpt mengenalpasti yg mana bakteria baik, yg mana yg jahat. Sbbtu laa masa aku nak confirmation dgn Doc tentang campak anak aku(2yo), Doc cuma bg PCM syrup dan antiviral cream. Tidak ada antibiotic prescribed.
Kalau mkn antibiotik, maka selepas sesi antibiotik itu selesai, (maksud aku mengikut berapa hari kena mkn dan dose amount prescribed by Doc) maka kena sambung dgn PROBIOTICS. Sila cari sndri apa itu probiotics dan bezanya dgn prebiotics. Cari jugak apa significant amik probiotics dan dari sumber apa bole amik.
SIMPTOM: Biasanya DEMAM, SAKIT KEPALA, mungkin juga SAKIT TEKAK. Rasa sakit/tak sedap badan, LETIH, mungkin juga HILANG SELERA MKN. Ruam chicken pox selalunya akan muncul 1-2 hari selepas symptoms ini. Anak aku dpt chicken pox bermula dgn BIJI2 AIR yg kecil. Penuh kat tangan, badan, kaki. Then ia bertukar menjadi MERAH dgn saiz yg LEBIH BESAR. Yg kemudian jd blisters(kind of biji2 berair mcm lepuh melecur) yg merisaukan aku melihatnya. Bila dh sampai stage ni aku pening sat.
TINDAKAN MERAWAT: 1) Demam panas: aku bg anak aku pekena AYAQ NYOQ(air kelapa) 5oz sekali minum. Ayaq nyoq wajiblah yg FRESH TANPA CAMPURAN AIR DAN GULA. Nama pun DEMAM PANAS. Mestilaa kna cari cooling agent, ye dak? Pastu bg minum air kosong byk2. 2) Bg mkn VCO. Pekebendeplaktu? Virgin Coconut Oil. Apatu? Minyak kelapa dara laa dey...VCO strengthens the immune system because of its LAURIC ACID content. So VCO berfungsi as a natural antiviral, antibacterial. 3) Masak nasik moi(bubur nasik) dgn chicken bone broth soup. Significant nasik moi-cepat hadam. Significant sup tulang ayam yg direbus lama-byk protein. 4) Minum ROOIBOS TEA+PURE HONEY lpas dah baik demam panas. Significant rooibos tea-kandungan polyphenols dlm rooibos tea bertindak as anti-inflammatory(anti keradangan/gatal akibat chicken pox) juga encourages restful sleep. 5) semestinya DOA. DOA seorg ibu utk anak.
Habis mcmna dgn blisters all over the body? Ya, ya aku mngaku mmg aku ada letak bedak sejuk utk sense of sejuk, selesa. Juga ada ltak antiviral cream yg Doc bg tu. Tp bilamana aku terpandang ada perkataan PARABENS as 1 of the ingredients, terus aku stop apply pd blisters anak aku. Aku gantikan dgn homemade(IBU-MADE sebenaqnya..) GARLIC OIL. Garlic kan 1 of antiviral foods..hehee... So aku lumurkan saja garlic oil kt badan dia..
Knapa aku tak cari daun semambu? Sbb aku x kenal daun smambu dan aku xtau nk cari kt mana. Anak2 yg kna chicken pox juga bole dimandikan dgn air kelapa/rooibos tea/diluted ACV semasa demam panas.
Process of blistering, bursting, drying, and crusting over berlaku sgt cepat, subhanallah, in fact anak aku sembuh lebih cepat dr yg aku jangkakan. Alhamdulillah.
---
Tujuan TK salin dan tampal status beliau adalah agar maklumat ini dapat diselamatkan dan mudah di cari sekiranya ada sesiapa yang mahu menggunakan kaedah alternatif ini. Semoga dapat di ambil manfaat atas maklumat yang beliau kongsikan ini.
Ikuti beliau di https://www.facebook.com/safur
BalasPadamArtikel yang menarik mengenai rawatan cacar air.