Selasa, 12 Julai 2011

Badai

Siapa sangka laut tenang bertukar menjadi badai yang menghempas pantai. Tiada siapa sangka. Hidup ini penuh rahsia dan misteri. Rahsia yang tersimpan kukuh disisi Ilahi.

Isnin, 4 Julai 2011

Andainya Dia...

Andainya dia jodohku...

Kabut

Kabut dapat diertikan sebagai kabus tebal ataupun kabur, kelam atau tidak nyata (boleh rujuk Kamus Dewan). Bila ditambah perkataan kelam, maka ia menjadi kelam-kabut. Kelam-kabut mempunyai erti gelap atau tidak nyata ataupun kacau-bilau atau tidak keruan.

Ahad, 3 Julai 2011

Apa Dah Jadi?

Nampaknya sudah berlalu sebahagian tahun 2011. Apa yang terjadi dalam enam bulan lalu?

Isnin, 13 Jun 2011

Dia Bersalah.

Hari ini TK penat berjalan membeli barang untuk hari keluarga. Memang tidak suka berjalan-jalan untuk membeli-belah. Alhamdulillah ada kawan-kawan yang bagus untuk diajak membeli-belah, mereka sangat arif, kalau disuruh TK yang pergi, memang tiada hasil. Namun bukan itu yang TK ingin perkatakan kali ini.

Jumaat, 10 Jun 2011

Musibah

Musibah. Musibah boleh didefinisikan sebagai keadaan yang tidak disukai yang ditimpakan kepada manusia seperti kesakitan, kemalangan, kematian dan sebagainya.

Gemba

Gemba, apakah gemba itu? Ia juga disebut sebagai Genba. Gemba berasal dari perkataan Jepun. Ia membawa maksud tempat kerja atau "workplace".

Selasa, 7 Jun 2011

Bile Nak Kawen?

Pernah dengar? Hahaha... TK selalu dengar orang tanya TK dengan soalan tu. Maka macam-macam jawapan yang TK jawab (ohhh...nak eja jawab ke jawap?). Tadi semasa makan tengah hari, nampaknya TK telah diserang dengan soalan yang serupa. Padan muka.

Selasa, 24 Mei 2011

Elemen-elemen Kaizen

Lima komponen penting dalam mencorakkan perlaksaan Kaizen yang berkesan terdapat dalam gambarajah di atas.

Isnin, 23 Mei 2011

KAIZEN - Falsafah


Hari ini TK ingin berkongsi maklumat yang TK dapat dalam kursus hari ini. Sementara tidak ada kerja yang melambak, baik TK tulis di sini, nanti dah sibuk tidak sempat pula nampaknya.

Isnin, 25 April 2011

Liwat vs Lencana

Ingatkan nak masukkan definisi liwat kat sini tapi tak jadi pula. Sesiapa yang ingin tahu boleh baca di sini.

Ahad, 24 April 2011

Mentor vs AF

Istilah "mentor" berasal dari nama seorang tokoh dalam kisah mitos Yunani. Mentor (Greek: Μέντωρ Méntōr) ialah anak kepada Alcumus dan, ketika lanjut usia, dia berkawan dengan Odysseus. Apabila melibatkan diri dalam Perang Trojan, Odysseus menyerahkan tugas menjaga istana dan anaknya Telemachus kepada Mentor. Tidak lama kemudian, Dewi Athena menziarahi Telemachus dan menyamar sebagai Mentor untuk menlindungi diri dari dijumpai sebilangan jejaka yang cuba melamar Penelope iaitu ibu kepada Telemachus. Dewi yang menyamar itu menggesa Telemachus agar membantah lamaran mereka lalu pergi berantau untuk mencari bapanya. Sekembali Odysseus ke Ithaca, Athena bertukar menjadi burung layang-layang sementara para pelamar tersebut gagal menewaskan Odysseus. - Adapun terjemahan ini diambil dari Wikipedia, boleh cari sendiri.

Khamis, 14 April 2011

Hari Keluarga KKTM PJ 2011


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Quran 49:13)

Sabtu, 5 Mac 2011

Bersedekap Di atas Dada Ketika Solat - Bukan Sunnah Salafussoleh???

Biar betul? Apakah ini? Mazhab baru? Atau selama ini kita begitu naif untuk mengikut sahaja tanpa mengkaji dan meneliti sesuatu amalan atau ibadah yang dibuat.