Ahad, 3 November 2013

Carta Keletihan

Carta keletihan ataupun dikenali sebagai fatigue chart sangat berguna kepada kita kerana ia menjadi garis panduan tetang keletihan yang diakibatkan oleh kerja. Carta keletihan juga menunjukkan hazad dan risiko yang ada dalam pekerjaan tersebut.

Mengangkat & Menurunkan Beban

Kerja-kerja mengangkat dan menurunkan beban / barang menjadi suatu yang biasa bagi pekerja-pekerja di bahagian stor, pembinaan, pekerja am dan pelbagai lagi. Namun apa yang mungkin tidak diketahui adalah berapakah beban maksimun yang dibenarkan dalam aktiviti mengangkat dan menurunkan beban / barang.