Isnin, 25 April 2011

Liwat vs Lencana

Ingatkan nak masukkan definisi liwat kat sini tapi tak jadi pula. Sesiapa yang ingin tahu boleh baca di sini.

Ahad, 24 April 2011

Mentor vs AF

Istilah "mentor" berasal dari nama seorang tokoh dalam kisah mitos Yunani. Mentor (Greek: Μέντωρ Méntōr) ialah anak kepada Alcumus dan, ketika lanjut usia, dia berkawan dengan Odysseus. Apabila melibatkan diri dalam Perang Trojan, Odysseus menyerahkan tugas menjaga istana dan anaknya Telemachus kepada Mentor. Tidak lama kemudian, Dewi Athena menziarahi Telemachus dan menyamar sebagai Mentor untuk menlindungi diri dari dijumpai sebilangan jejaka yang cuba melamar Penelope iaitu ibu kepada Telemachus. Dewi yang menyamar itu menggesa Telemachus agar membantah lamaran mereka lalu pergi berantau untuk mencari bapanya. Sekembali Odysseus ke Ithaca, Athena bertukar menjadi burung layang-layang sementara para pelamar tersebut gagal menewaskan Odysseus. - Adapun terjemahan ini diambil dari Wikipedia, boleh cari sendiri.

Khamis, 14 April 2011

Hari Keluarga KKTM PJ 2011


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Quran 49:13)