Jumaat, 13 Disember 2013

Nama Dia Yumna

Apabila terbaca semula entri Bile Nak Kawen dan Andainya Dia... terasa mahu ketawa guling-guling sahaja. Fuuuuhhhh... Apapun itulah sejarah... Setelah setahun entri tu ditulis, hidup sorang menjadi berdua. Kini, bertiga pula. Maka bertanyalah mereka, siapa namanya. Namanya ada dua perkataan.


Perkataan pertama ialah Yumna. Oleh kerana ramai yang bertanya apakah maksud Yumna, maka pada entri ini TK akan cerita pasal Yumna. Bagi TK susah nak letak nama anak perempuan berbanding lelaki (bagi TK lah). Maka setelah bertanya ke sana ke mari, beberapa nama telah disenarai pendek, namun masih agak belum berkenan di hati.

Pada 25 September 2013, sahabat (kawan sebilik) di UM dahulu (sekarang berpengkalan di Muscat, Oman) mencadangkan nama Yumna ini. Setelah ditanya apakah maksudnya, ini jawapannya, "Literally those on the right side. Nama ni biase diambil original nya dalam surah al Waqiah".

Pada hari yang sama juga TK bertanya seorang sahabat yang lain akan maksud Yumna. Ini jawapannya, "yumnaa = feminin noun for yameen, yameen = berkat, kanan, bertuah".

Arakian, maka marilah kita baca surah al Waqiah dan terjemahannya.

Maka di sini TK akan berkongsi maksud Yumna:

  1. Yumna is a good and popular name for girls and it means God’s blessings and bounty. The original meaning is “a woman who belongs with the people of Al-Yameen [the right side]” on the Day of Judgment (mentioned in Surat al-Waqiah 56:27): "27. Those on the Right, how fortunate are those on the Right! 28. They shall recline on high amidst lote trees without thorns 29. Among Talh trees with flowers (or fruits) piled one above another, 30. and shade extended, 31. and flowing water, 32. and fruits in abundance, 33. never-failing and never out of reach. 34. And on Thrones (of Dignity), raised high. [1]
  2. Yumna - Origin:Arabic-Meaning:Blessed, lucky ; Origin:Swahili-Meaning:Blessed, lucky ; Gender:Girl [2] (orang Swahili pun guna nama ni...huaahaha)
  3. Yumna is a feminine name of ultimately Arabic origins. It comes from an Arabic word meaning ‘Lucky’. [3]
  4. The term and name ‘Yumna’ is derived from the Arabic root word ‘Yameen’ or ‘Right’, and the meanings are one who is Right, Blessed, Fortunate, etc.; and thus a good and perfectly acceptable name for a girl in Islam. [4]
  5.  Yumna is of Indian origin, it generally means Good fortune or Success, Name Yumna is a Feminine (or Girl) name. [5] (bukan sekadar orang Swahili, orang India pun guna)
Rasanya cukuplah kot maksud Yumna seperti yang di atas. Kenapa semua dalam bahasa Inggeris? Bak kata Usop Wilca dalam HKLBK, "Itulah pentingnya English education". Apapun, jika teringin nak cari dalam bahasa Melayu, silakan.

Hidup ini satu pilihan, maka pilihlah...
Gold, Glory, Grave

Rujukan:
[1] Yumna, http://quranicnames.com/my-daughters-name-is-yumna/
[2] Yumna, http://babynamesworld.parentsconnect.com/meaning_of_Yumna.html
[3] Yumna, http://www.babynames.co.uk/meaning_origin_name_Yumna.htm
[4] Yumna, http://www.islamhelpline.com/node/3171
[5] Yumna, http://www.indiachildnames.com/definationof.aspx?name=Yumna


Tiada ulasan:

Catat Ulasan