Rabu, 1 Disember 2010

Lembu Korban vs Lembu Astro


Bulan Zulkaedah lepas TK ada bersolat Jumaat di sebuah masjid berdekan CIAST Shah Alam. Comel je masjid ni. Maka macam biasa sebelum Jumaat ada tazkirah ringkas, waktu itu pula hujan turun dengan lebatnya. Nyaman sekali bagi orang yang penat. Penceramah dengan penuh semangatnya memberikan maklumat-maklumat yang diberikan berkaitan korban. Beliau ada menerangkan beberapa salah tanggapan berkaitan korban dan alasan-alasan masyarakat untuk tidak berkorban (maksud di sini adalah korban ternakan). Antara alasan-alasan masyarakat untuk tidak berkorban adalah 'tahun lepas dah korban, tahun ini buat apa nak korban' dan 'tak mampulah nak beli lembu/bahagian korban'. Betul ke? Hmmm...

Maka alasan kedua tu amatlah popularnya di dalam masyarakat kita. Betul ke? Cuba fikir dulu. Ada logiknya juga, lembu seekor dalam 3 ribu hingga 4 ribu ringgit. Jika tidak betul-betul menyimpan, nampaknya tidak terbelilah lembu itu. Namun begitu jika kita melihat pakatan membeli lembu, satu lembu ada tujuh bahagian, satu bahagian hanya 350 ringgit (pada harga biasa). Nampak macam tinggi juga harganya bila hendak dikeluarkan secara selepok (tidaklah dapat difikirkan perkataan yang lain pada ketika artikel ini ditulis untuk menggantikan perkataan selepok ini). Huh... Namun begitu penceramah membidas logiknya kesukaran ini dengan membandingkan komitmen untuk membayar Astro. Katakan bayaran Astro adalah sebanyak 50 ringgit sebulan, maka dalam setahun, Astro dibayar sebanyak 600 setahun. Senang sahaja rupanya nak kira. 600 ratus ringgit dibandingkan dengan 350 ringgit. Apa kesimpulannya?

Kesimpulannya, Lembu Korban vs Lembu Astro, siapa yang menang? Siapa yang banyak duit dialah yang menang. Betul ke? Lembu Astro menang ke? Tiadalah diketahui jawapannya. Kekadang terfikir juga, bila bab nak keluar duit untuk jalan agama ni, ramai betul yang berkira. Betul ke?

Nota: Artikel ini adalah terbitan semula artikel TK dari blog TK yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan