Sabtu, 11 Disember 2010

FIFO vs LIFO


First in first out dan last in first out. Sistem manakah yang lebih bagus?
Begini situasinya, di sebuah tempat yang permai di sebuah bandaraya yang moden ada sebuah masjid dihujung jalan. Selalu saja TK jumpa masjid di hujung jalan dan masalah ini kerap berlaku. Mungkin perancang bandar kita suka sangat buat masjid di hujung jalan. Masalah akan mula kelihatan sekiranya berlaku perhimpunan manusia di masjid terutama untuk solat Jumaat.

Apakah masalahnya? Biasanya masyarakat akan berlumba-lumba untuk pergi awal ke masjid pada hari Jumaat, namun akibat kekangan kerja mungkin ada yang sampai pada waktu imam sedang memulakan solat. Pada masa itu, tempat letak kereta sudah tentu penuh, hendak letak jauh takut tidak sempat, maka diambillah keputusan untuk meletakkannya di tengah-tengah jalan. Betul-betul ditengah jalan.

Maka bersolatlah semua umat manusia. Selesai bersolat dan solat sunat maka manusia mulalah mengosongkan masjid tersebut. Namun begitu, pemilik kereta yang meletakkan keretanya di tengah-tengah jalan ini tidak kunjung tiba. Terjadilah  kesesakan yang teruk akibat kereta tidak dapat melalui jalan tersebut dan itulah satu-satunya jalan keluar. Pada waktu itu TK hanya menunggang motosikal, jadinya sempatlan menyelit untuk keluar dari kesesakan tersebut.

TK tidak tahu apa yang difikirkan oleh pemilik kereta tersebut. Bagi TK, kalau dah datang lambat, lepas tu blok jalan, pandai-pandailah keluar awal. Janganlah sampai menyusahkan orang lain. Mungkin pada waktu itu ada yang dalam kecemasa tapi tersangkut di situ. TK tidak tahu nak kata apa pada orang yang macam ni. Hidup ini satu pilihan, maka pilihlah...

Gold. Glory. Grave.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan