Sabtu, 11 Disember 2010

Batu Tanda dan Menara Jam


Sebelum ini TK pernah menulis enrti ini pada blog yang lain. TK ingin menerbitkan semula entri ini kerana perubahan yang berlaku amat memberangsangkan. Berikut adalah entri lama tersebut:
"Dah bertahun juga TK melalui Lebuhraya Persekutuan, namun begitu ada sesuatu yang menarik perhatian TK. Ada sebuah binaan  di tepi lebuhraya tersebut, ia sebuah menara berkubah, tiang berwarna putih, kubah berwarna kuning. Selama ini TK menganggap monumen tersebut hanyalah sebuah batu tanda di tepi jalan untuk menghiasi lebuhraya yang sibuk dan membosankan itu. Rupanya TK tersalah. Hahahaha.

Baru-baru ini oleh kerana TK berulang-alik setiap hari dari Shah Alam ke Kuala Lumpur, barulah TK perasan bahawa monumen tersebut merupakan sebuah menara jam. Terkejut bercampur gelihati apabila mengetahui perkara tersebut. Rasa nak bergolek-golek ketawa mengenangkan perkara tersebut. Mana mungkin TK tidak gelihati mengenangkan perkara tersebut, menara boleh tahan besar tapi dia punya jam punyalah kecik ciput yang diletakkan di tiangnya. Jam tersebut bernombor roman. Sekali imbas jam tersebut seperti sebiji butang di baju kemeja, jadinya selama ini TK tidaklah ambil kisah tentang jam itu sehinggalah pada suatu petang TK melalui sebelah monumen tersebut dengan agak perlahan untuk memerhati 'butang' tersebut. Sampai rumah tergelak mengenangkan perkara itu.

Petang tadi ketika TK melalui monumen tersebut, didapati ada pekerja-pekerja sedang menurunkan jam kecil tersebut untuk digantikan dengan jam yang lebih besar. Harapnya TK tidak mengalami ilusi optik atau halusinasi berkaitan penggantian jam tersebut. Baguslah ada pihak berwajib yang perihatin untuk menggantikan dengan jam lebih besar, tidak diketahui sudah berapa lama jam kecil tersebut melekat di tiang tersebut. Esok TK akan melihat hasilnya sama ada ia berbaloi untuk dilihat atau tidak."

Rupanya tidak berbaloi sangat perubahan yang dibuat. Jam analog yang letakkan begitu besar tapi jarumnya begitu halus. Tidak berbaloi untuk melihatnya. Namun baru-baru ini TK mendapati pihak berwajib telah menukar salah sebuah jam yang menghadap ke arah lebuhraya kepada sebuah jam digital yang besar. Dari kejauhan sudah dapat dilihat nombor yang tertera. Tahniah diucapkan. Memang berbaloi. Jam tersebut boleh dilihat di persimpangan Subang.Hehehehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan