Jumaat, 10 Jun 2011

Gemba

Gemba, apakah gemba itu? Ia juga disebut sebagai Genba. Gemba berasal dari perkataan Jepun. Ia membawa maksud tempat kerja atau "workplace".

Pada kali ini TK ingin berkongsi prinsip-prinsip Gemba. Ia digunakan di tempat kerja, boleh digunakan untuk aktiviti seharian juga. Prinsip yang ingin TK kongsikan ini digunakan bila berlaku sesuatu masalah atau kemalangan di tempat kerja.

Prinsip 1: Apabila berlaku sesuatu masalah, perkara pertama yang perlu dibuat ialah pergi ke gemba. Pergi ke tempat kejadian/kerja tersebut. Kita yang jadi bos ini, janganlah hanya tanya laporan, sebaiknya pergi ke tempat tersebut, lihat dengan mata sendiri. Adakalanya pekerja kita tidak dapat menerangkan dengan kata-kata apa yang berlaku di gemba. Jadinya kita perlu ada inisiatif untuk pergi ke gemba. Tengok sendiri.

Prinsip 2: Seterusnya apabila dah berada di gemba, maka hendaklah kita periksa gembutsu, disebut genbutsu juga. Maka apakah gembutsu itu, gembutsu bergantung dengan apa/siapa kita bekerja. Gembutsu terdiri sama ada mesin, alatan, pelanggan dan lain-lain lagi. Periksalah apa yang patut. Periksa keadaan, data dan lain-lain lagi.

Prinsip 3: Setelah selesai memeriksa segala data yang ada, maka perlulah tindakan segera diambil. Mungkin langkah tersebut adalah berbentuk jangka masa pendek, tindakan untuk jangka masa panjang boleh juga.

Prinsip 4: Tindakan segera telah pun diambil, maka seterusnya kita hendaklah mencari punca masalah tersebut. Adakah ia berpunca dari manusia, mesin, proses ataupun sistem sedia ada.

Prinsip 5: Langkah terakhir ialah dengan mewujudkan satu piawaian untuk membuat pencegahan bagi mengatasi masalah tersebut apabila ia berulang kembali.

Begitulah prinsip-prinsip gemba yang ingin TK konsikan yang diperolehi semasa pergi kursus tempoh hari. Apa pun, sistem yang manusia buat tidak pernah sempurna. Sentiasa akan ada kelompongan untuk berlaku sesuatu yang tidak diingini. Pastikan hari ini lebih baik dari semalam.

Hidup ini satu pilihan, maka pilihlah...
Gold. Glory. Grave.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan