Tadi waktu makan tengah hari di sebuah kafe yang indah permai, maka berita jam 1.30 pun bermula. Ada satu isu yang telah biasa kita dengar, isu liwatlah apa lagi. TK tak berapa nak fokus sebab banyak gelombang bunyi yang terdapat di situ. Maka ada seseorang telah komen pasal isu liwat ini, komen itu dapat disimpulkan begini, yang diliwat tu orang muda, yang meliwat itu orang tua gamaknya, jika dia (pemuda) itu dipaksa (oleh orang tua itu), maka orang muda semestinya mempunyai tenaga yang lebih kuat, kenapakah tidaknya ditendangnya orang tua tersebut sebelum adegan itu berlaku. Terkesima TK. Bagus argument tersebut. Ada logik dan rasionalnya komen tersebut. Agaknya kalau pemuda itu berjuang bermati-matian untuk mempertahankan maruahnya, berani ke orang tua tu nak cari pasal?
Berkenaan isu lencana, semalam ada berita berkaitan penggunaan isu lencana badan penguatkuasa oleh seorang remaja. Adapun kisahnya remaja ini telah ditahan atas kesalahan lalu lintas, untuk melepaskan diri, dia telah menunjukkan lencana kuasa tersebut. Namun begitu, pihak berkuasa tidak percaya akan kata-kata remaja tersebut bahawa lencana itu milik bapanya. Setelah disiasat memang benarlah pembohongan tersebut. Maka glamorlah remaja tersebut sebab dapat masuk tv. TK tidaklah melihat itu sebagai sebuah isu yang menarik cuma TK lebih tertarik dengan isu disebalik isu tersebut. Cuba fikirkan, bagaimana remaja tersebut boleh merancang taktik tersebut sedangkan memang dia akan melakukan kesalahan? Adakah taktik tersebut pernah digunakan oleh rakan-rakan remaja tersebut dan didapati berkesan? Ataupun jika memang betul bapa remaja tersebut merupakan 'seseorang' yang memiliki lencana tersebut, adakah remaja tersebut akan dilepaskan tanpa diambil tindakan atas kesalahan yang dilakukan?
Apapun, hidup ini satu pilihan, maka pilihlah...
Gold, Glory, Grave.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan