Jumaat, 6 Mei 2011

Melayu - Bangsa Yang Hilang (The Lost Tribe)


Ohhh...Apakah sebenarnya kisah ini.
Baru-baru ini TK ada terbaca sebuah artikrel bertajuk Piramid Melayu Tersembunyi Di Lautan Jepun. Menarik garapan yang dibuat oleh penulis blog tersebut. Penuh dengan data sokongan. Menarik. Jika ada sesiapa yang mahu baca, bolehlah klik di capaian tersebut.

Kesimpulan yang saya buat, mungkin juga tersalah, kesimpulannya bangsa Melayu ini merupakan bangsa hebat pada suatu masa dahulu dan masa kini. Jika kesimpulan ini betul, maka ada timbul implikasi kepada masyarakat apabila membaca artikel tersebut. Masyarakat yang membaca artikel tesebut akan terpecah kepada beberapa golongan. Golongan yang percaya sepenuhnya artikel tersebut dan berasa begitu teruja dan berbangga dengan sejarahnya sendiri, namun tidak ada usaha untuk menjadi seperti sejarah itu, hanya berbangga dan terus berbangga. Ada juga golongan yang percaya artikel ini dan berusaha untuk mengembalikan kegemilangan yang pernah dicapai dahulu. Golongan ini akan terus berusaha untuk memperbaiki diri dan masyarakat. Ada juga golongan yang tidak mempercayai artikel ini dan membiarkan ia berlalu seperti angin.

Namun begitu TK lebih suka untuk membaca dan menilai, jangan sampai terlalu hanyut dengan sejarah tetapi jangan pula melupakan sejarah. Jika ada yang diragui, maka hendaklah atas usaha sendiri carilah kebenaran tersebut. Maka TK ingin memberi cadangan, bacalah artikel tersebut dan nilailah sendiri.

Hidup ini satu pilihan, maka pilihlah...

Gold,Glory, Grave.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan