Istilah "mentor" berasal dari nama seorang tokoh dalam kisah mitos Yunani. Mentor (Greek: Μέντωρ Méntōr) ialah anak kepada Alcumus dan, ketika lanjut usia, dia berkawan dengan Odysseus. Apabila melibatkan diri dalam Perang Trojan, Odysseus menyerahkan tugas menjaga istana dan anaknya Telemachus kepada Mentor. Tidak lama kemudian, Dewi Athena menziarahi Telemachus dan menyamar sebagai Mentor untuk menlindungi diri dari dijumpai sebilangan jejaka yang cuba melamar Penelope iaitu ibu kepada Telemachus. Dewi yang menyamar itu menggesa Telemachus agar membantah lamaran mereka lalu pergi berantau untuk mencari bapanya. Sekembali Odysseus ke Ithaca, Athena bertukar menjadi burung layang-layang sementara para pelamar tersebut gagal menewaskan Odysseus. - Adapun terjemahan ini diambil dari Wikipedia, boleh cari sendiri.
Namun begitu bukan itu yang ingin TK timbulkan, sebenarnya TK terfikir apakah sebenarnya yang ingin dicapai dengan dua program ini. Adakah sekadar menyesakkan industri muzik yang penuh sesak, atau memenuhi agenda pihak yang baling batu sembunyi tangan. Entahlah. Teringat kata-kata Husin ketika mula-mula bertemu Kak Limah, begini lebih kurang bunyinya "Kak Limah, tak tengok AF ke?". Begitulah sindiran yang cukup tajam tapi berapa ramai yang perasan. Sindiran yang mengatakan bahawa orang Melayu dah tak ada apa hendak dibuat, hanya menonton 'dump box' sahaja. Betulkah begitu?
Berbalik kepada rancangan realiti tersebut, rasanya apakah yang dapat disumbangkan kepada agama, bangsa dan negara dengan terkinja-kinja di atas pentas. Ada? Apa dia? Dalam keadaan kita semakin dekat dengan 'due date' untuk menjadi negara maju, tapi tidak berapa jelas adakah kita bersungguh-sungguh untuk menjadi negara maju. Pada pandangan TK, untuk menjadi masyarakat yang maju, masyarakat tersebut mestilah masyarakat yang berilmu. Mungkin TK salah. Namun tidaklah nampak aktiviti berterusan untuk mengajak masyarakat untuk berpindah dari hidup berteraskan hiburan kepada hidup berteraskan ilmu yang benar dan bermanfaat.
Tidak salah untuk berhibur, tapi haruslah berpada. Jangan sampai begitu taksub terhadap hiburan. Ada satu perkataan yang berkaitan hiburan disebut sebagai Hedonisme. Hedonisme (daripada perkataan bahasa Greek: ἡδονισμός hēdonismos: kemeriahan, daripada ἡδονή hēdonē: keseronokan) merupakan fahaman falsafah bahawa keseronokan merupakan matlamat utama dalam hidup. Hedonisme kini telah menular di kalangan remaja bukan saja di dalam negara Malaysia, malah masalah ini telah menjadi masalah di peringkat global dan masih lagi dipandang enteng oleh pihak-pihak berkuasa. - Ini pun diambil terjemahannya dari Wikipedia. Janganlah sampai satu masa nanti generasi muda kita akan menjadikan hiburan ini sebagai satu matlamat hidup.
Apapun, hidup ini adalah satu pilihan, maka pilihlah....
Gold, Glory, Grave.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan