Isnin, 13 Jun 2011

Dia Bersalah.

Hari ini TK penat berjalan membeli barang untuk hari keluarga. Memang tidak suka berjalan-jalan untuk membeli-belah. Alhamdulillah ada kawan-kawan yang bagus untuk diajak membeli-belah, mereka sangat arif, kalau disuruh TK yang pergi, memang tiada hasil. Namun bukan itu yang TK ingin perkatakan kali ini.


Semasa sibuk memilih barang untuk dibeli (TK hanya menolak troli, tidaklah pandai memilih barang), ada seorang perempuan melintas bersama seorang lelaki. Apa yang menyebabkan TK terkedu ialah bajunya yang telus cahaya (adalah salah TK yang terpandang?). Baju yang telus cahaya tersebut telah menyebabkan pakaian dalamnya dapat dilihat (sebab warna pakaian dalam begitu kontra dengan bajunya). Pernah jumpa dengan fenomena ini?Ok, setakat itu sahaja.

Sekarang ini, mari kita berfikir. Apa yang hendak difikirkan? Fikirlah apa yang anda hendak fikir. Maka kita bermula dengan dua kebarangkalian. Pertama, perempuan itu merupakan seorang yang belum muslim, maka ia bukanlah menjadi masalah kita. Kedua, perempuan itu merupakan seorang muslim, maka adakah ia menjadi masalah kita? Menjadi masalah? Sejak bila pula menjadi masalah kita, bukan ke kubur masing-masing (ada yang berkata begitu).

Ada di antara kita yang begitu ambil berat masalah ini, ada juga yang tidak ambil kisah. Ada juga yang membuat penilaian. Ini yang selalu kita dengar. Perempuan tidak tahu malu, perempuan jahat dan sebagainya. Banyak perkara dalam hidup ini kita selalu terus membuat kesimpulan dan penilaian (ingatan untuk diri TK juga). Persoalannya, siapa kita untuk membuat penilaian? Siapa kita? Dalam entri kali ini TK ingin berkongsi satu video yang sangat menarik. Diharap pembaca dapat menontonnya sampai tamat. Terima kasih diucapkan kepada bro Aiman atas video ini.



Hidup ini satu pilihan, maka pilihlah...
Gold. Glory. Grave.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan