Ahad, 3 Julai 2011

Apa Dah Jadi?

Nampaknya sudah berlalu sebahagian tahun 2011. Apa yang terjadi dalam enam bulan lalu?


Macam-macam perkara berlaku dalam enam bulan ini. Ada yang membuatkan kita gembira, ada yang membuatkan kita kecewa, ada yang membuatkan kita sedih, ada yang membuatkan kita susah hati dan bermacam-macam lagi. TK pun tidak terlepas dari perkara ini.

Hidup ini, bila difikirkan, bermacam karenah dan ragammnya. Kadang-kadang kita tidak menjangka sesuatu perkara itu berlaku. Kadang-kadang rancangan kita tersangkut di mana-mana. Ada juga perkara yang menyebabkan kita rasa malas nak mengahadap hidup ini.

Setiap hari kita belajar dan diuji. Pengalam hidup merupakan universiti kehidupan. Segala sijil, diploma, ijazah, sarjana, doktor falsafah dan segala bagai pengiktirafan yang kita dapat tidak memberi makna jika kita gagal dalam universiti kehidupan ini. Orang yang tidak mempunyai apa-apa sijil, namun jika dia berjaya dalam universiti kehidupan ini, maka dialah lebih berjaya dari mereka yang memiliki segala apa yang ada di bumi ini.

Apakah matlamat universiti ini? Sentiasa mendapat A? Harta yang bertimbun? Rumah yang mencakar langit? Tanah seluas mata memandang? Atau menongkat langit? Pernah dengar menongkat langit? Apapun, universiti ini akan mencabar dan terus mencabar kita.

Kadang-kadang kita rasa menyesal dengan keputusan yang pernah kita buat. Kadang-kadang kita rasa bersalah dengan apa yang berlaku. Kadang-kadang kita tidak rasa apa-apa pun dengan perubahan di sekitar kita. Kadang-kadangkah? Atau selalu?

Acapkali kita terpaksa membuat keputusan yang begitu diluah mati mak ditelan mati bapak. Namun keputusan harus dibuat juga. TK terfikir, apakah yang kita buat selama ini betul atau sebaliknya. Entahlah, hidup ini penuh misteri. Namun begitu apa yang pasti adalah, sekiranya segala apa yang kita pernah buat/keputusan yang kita pernah ambil itu sentiasa betul dan benar, kita tidak akan pernah belajar. Kita terkeluar dari universiti kehidupan ini.

Apapun, hidup ini satu pilihan, maka pilihlah...
Gold. Glory. Grave.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan