Selasa, 7 Jun 2011

Bile Nak Kawen?

Pernah dengar? Hahaha... TK selalu dengar orang tanya TK dengan soalan tu. Maka macam-macam jawapan yang TK jawab (ohhh...nak eja jawab ke jawap?). Tadi semasa makan tengah hari, nampaknya TK telah diserang dengan soalan yang serupa. Padan muka.

Maka dikesempatan ini TK nak menjawablah sebahagian persoalan yang tidak terungkai lagi ni. Kalau nak jawab semua, panjang pula entri ni nanti.

Pada pandangan TK, perkahwinan bukan sekadar untuk menghalalkan perkara yang haram (pernah ada perbahasan tentang isu ini, kalau jumpa entri tu nanti TK kongsikan), berseronok-seronok (sebab dapat kawen), bersedap-sedap, bergeli-geli dan sebagainya. Perkahwinan merupakan sebuah tangungjawab, tanggungjawab yang boleh menyebabkan lebih jauh atau lebih dekat dengan rahmat ALLAH. Jadinya untuk memikul tanggungjawab ini, maka perlulah dicari seseorang (mungkin 2,3 atau 4 orang) yang boleh bersama-sama memikulnya. Nak cari kat mana ye?

Cikgu TK pernah pesan, nak kahwin ni perlu perlu ada rasional dan emosi. Kalau setakat rasional je, memang payah. Oleh kerana pengalaman lalu, telah menyebabkan TK terlebih rasional. Jadi nak buat macam mana ye?

Pada kesempatan ini, TK nak ucapkan terima kasih kepada semua match-maker yang telah memberikan peluang kepada TK. Biasanya memang TK akan let the current flow (biarkan arus mengalir...tak kisahlah arus ape pun), jika ada jodoh, kami akan berkahwin. Maka atas perkara tersebut, maka ada yang telah dan akan berkahwin, salah TK ke?

Dah terlanjur bercerita ni, bagi TK susah nak cakap pasal jodoh ni. Bagi TK, jodoh ini perkara ghaib yang agak menakutkan. Tidak tahu jodoh TK siapa. Tidak tahu bila nak bertemu jodoh. Tidak tahu sampai bila jodoh berkekalan. Huhuhu. Sangat menakutkan. Ini akan lebih menakutkan apabila rasional mengambil alih pemikiran.

Tetapi ada yang menarik berkaitan jodoh ini, ia berkaitan dengan TAKUT dan HARAP. Kombinasi yang sangat menarik, ia boleh menghasilkan keajaiban dan kehidupan yang lebih menarik. Nampaknya entri ini dah panjang, sebelum berakhir,ada sebuah artikel untuk dikongsi bersama. Am I Marrying the Right Person? tajuknya. Menarik bukan?

Moga entri ini dapat menjawab soalan-soalan yang dilontarkan masa makan tengah hari tadi. Kalau tak cukup, nanti TK menulis lagi. Mungkin juga pada masa depan TK akan menarik balik pendapat yang TK telah kemukakan tadi. Setiap hari kita belajar, semoga hari esok lebih baik.
Hidup ini satu pilihan, maka pilihlah...
Gold, Glory, Grave.


4 ulasan:

  1. kawen macam memilih bekas makanan.. harus pilih yang tak beracun.. gunalah TUPPERWARE !!!

    BalasPadam
  2. encik uban: kalau kawen macam memilih bekas makanan, senang je lah, hari-hari boleh tukar...

    BalasPadam
  3. Realitinya, semakin berumur seseorang, semakin banyak pengalaman seseorang, makin takut mereka untuk menghampiri gerbang perkahwinan. Ini kerana mereka makin matang dan makin mengerti hakikat sebuah perkahwinan,suatu tanggung dan amanah maha berat. Namun, kiranya pilihan sudah ada di depan kita, pilihlah.Sementara ALLAH memberi peluang untuk kita , pilihlah. Ini lebih baik daripada kita menghadapi situasi, tiada pillihan, terpaksa menerima. Pilihlah. Melalui jalan yang kita pilih,lebih mudah daripada melalui jalan yang terpaksa kita lalui kerana tiada pilihan...

    BalasPadam
  4. terima kasih atas komen tersebut...hehehehe...macam kenal je sape yang tulis...

    BalasPadam