Rabu, 14 Mac 2012

Doktor


Ada orang mengatakan kita lemah iman jika cari ubat ketika ditimpa sakit.


Semalam TK pergi ke klinik untuk mendapatkan ubat selsema. Menarik kerana tahun ini kerap selsema (baru dua kali je pun). Klinik yang sama TK pergi (sebab klinik panel). Kali ini doktor yang melayan pesakit adalah seorang doktor wanita yang sudah berumur.

Doktor: "Apa yang boleh saya bantu?"
TK: "Saya nak ubat selsema."
Doktor: "Saya bagi ubat .........."
TK: "Baik tak ubat ni?"
Doktor: "InsyaALLAH"
TK: terkesima....
TK: "Terima kasih doktor."

Perbualan TK tak sampai seminit dengan doktor tersebut, tapi terasa ingin berbual lagi akan datang. Ada perkara yang membuatkan TK terkesima.

Jawapan doktor tersebut adalah "InsyaALLAH" kepada soalan TK "Baik tak ubat ni?". Apakah maksudnya?

TK mempunyai dua pendapat dalam hal ini?

Pertamanya, sebernarnya TK bertanyakan bagus ke ubat itu? Jawapan doktor itu telah menutup ruang soalan seterusnya.

Keduanya, mungkinkah doktor itu memahami soalan TK dengan begini "Doktor, kalau saya makan ubat ini, boleh baik ke selsema saya?". Jawapan doktor telah menutup pintu rosaknya akidah.

Bagi TK, jawaban doktor tersebut merupakan satu nasihat yang baik. Jarang jumpa doktor sepertinya (sebab tak suka jumpa doktor pun). Mungkin akan datang boleh berjumpa lagi dan berbual serta meminta nasihat, insyaALLAH.

Hidup ini adalah satu pilihan, maka pilihlah...
Gold. Glory. Grave

Tiada ulasan:

Catat Ulasan