Pernah pergi majlis mendengar?
Pada 19 Rabiul Awal 1433 Hijrah yang lalu bersamaan 12 Februari 2012 Masihi, TK ada menghadiri satu majlis mendengar. Majlis mendengar?
Majlis ini memperdengarkan bacaan Hadis 40 Imam Nawawi secara lengkap, dari mula, iaitu dari mukadimah/khutbah Imam Nawawi pada permulaan kitab serta hadis yang terdapat padanya iaitu sebanyak 42 hadis.
Dalam majlis bacaan kitab ini, ada seorang yang akan baca dalam bahasa Arab dan seorang lagi akan membaca terjemahan dalam bahasa Melayu. Hadirin yang hadir akan mendengar dengan teliti dan menyemak naskah masing-masing, jika ada terdapat kesalahan dan kekeliruan, ia akan diperbetulkan dalam majlis ini juga.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah faedah majlis seperti ini? Rasa-rasa apa ya? Mari kita fikirkan....
Untuk mengetahui jawapannya, mari kita mendengar rakaman majlis bacaan ini dan ulasan selepas majlis bacaan ini. Untuk memuat turun fail audio, bolehlah pergi ke laman blog Ibnu Mahdi Research Team.
Untuk mendengar secara langsung, boleh dengar di sini:
Bahagian 1
Bahagian 2
Bahagian 3
Bahagian 4
Bahagian 5
Ulasan
Di sini, TK ingin berkongsi beberapa gambar sekitar ulasan setelah majlis bacaan kitab tersebut.
Gold. Glory. Grave.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan