Rabu, 28 Mac 2012
Aku Ingin Jadi Kebun
TK ingin berkongsi sebuah hadis yang diambil dari Sahih Bukhari, kitab al-Ilm, bab kelebihan orang yang menuntut ilmu dan mengajar.
Muhammad bin al'Ala' telah menyampaikan kepada kami, katanya, Hammad bin Usamah menyampaikan kepada kami daripada Buraid bin Abdillah daripada Abi Burdah daripada Abi Musa daripada Nabi solallahu 'alaihi wasalam telah bersabda:
Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan yang dikurniakan kepadaku bagaikan hujan yang turun ke bumi, maka sebahagiannya ada tanah yang subur boleh menumbuhkan tumbuh-tumbuhan serta rumput yang banyak. Dan ada pula tanah yang keras menahan air hingga dapat digunakan untuk minuman dan menyiram kebun tanaman dan ada beberapa tanah yang keras lagi kering tidak boleh menyimpan air dan tidak pula boleh menumbuhkan tumbuh-tumbuhan. Demikianlah umpama oarang yang pandai di dalam agama Allah dan menggunakan apa-apa yan dikurniakan Allah kepada diriku lalu aku mengajarnya, perumpamaan orang yang tidak dapat petunjuk Allah yang telah ditugaskan kepadaku dengannya.
Abu Abdillah berkata, Ishak telah berkata: ada satu puak daripada golongan manusia itu telah minum air daripada bumi yang ditelenggami oleh air dan daripada bumi yang rata.
Pesanan TK untuk diri sendiri.
Hidup ini satu pilihan, maka pilihlah...
Gold. Glory. Grave.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan