Bab-Bab Menerangkan Tentang Ilmu Dari Rasulullah S.A.W (Bahagian 2)
4. Bab Menerangkan Tentang Memberi Wasiat Kepada Orang Yang Mencari Ilmu
2788: Menyampaikan kepada kami Sufyan bin Waki', mengkhabarkan kepada kami Abu Daud al-Hafri, dari Sufyan, dari Abi Harun berkata, kami datang menghadap Abu Sa'id, lalu dia berkata, selamat datang kepada wasiat Rasulullah s.a.w., sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya manusia mengikutimu dan sesungguhnya orang-orang datang kepadamu dari penjuru dunia untuk belajar dalam soal agama. Jika mereka datang kepadamu, maka berilah wasiat yang baik kepada mereka." Berkata Ali bin Abdillah, berkata Yahya bin Sa'id, Syu'bah menganggap lemah Abu Harun al-'Abdi. Berkata Yahya, Ibnu 'Aun selalu meriwayatkan hadith dari Abu Harun al-'Abdi sehingga dia meninggal. Dan Abu Harun namanya 'Umarah bin Juwain.
2789: Menyampaikan kepada kami Qutaibah, mengkhabarkan kepada kami Nuh bin Qais, dari Abi Harun al-'Abdi, dari Abi Sa'id al-Khudri dari Nabi s.a.w. bersabda, "Akan datang kepadamu orang-orang dari arah timur untuk belajar. Apabila mereka datang kepadamu, maka berilah wasiat yang baik kepada mereka." Apabila melihat kami, Abu Sa'id berkata, selamat datang kepada wasiat Rasulullah s.a.w. Hadith ini tidak aku ketahui selain dari hadith Abi Harun al-'Abdi dari Abi Sa'id al-Khudri.
5. Bab Menerangkan Tentang Hilangnya Ilmu
2790: Menyampaikan kepada kami Harun bin Ishak al-Hamdani, mengkhabarkan kepada kami 'Abdah bin Sulaiman, dari Hisyam bin 'Urwah, dari bapanya, dari Abdullah bin Amr bin al-'Ash berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak mengambil ilmu dengan mencabutnya dari manusia, tetapi Allah mengambil ilmu dengan cara mengambil para ulama', sehingga ketika Dia tidak meninggalkan seorang alim, maka manusia menjadikan pemimpin mereka dari kalangan orang yang jahil, lalu mereka dtanya maka mereka menjawab dengan tanpa ilmu, kemudian mereka sesat dan menyesatkan". Dan dalam bab ini terdapat hadith dari 'Aisyah, dan Ziyad bin Labid. Hadith ini hasan sahih. Dan diriwayatka hadith ini oleh az-Zuhri dari Urwah dari 'Abdillah bin Amr, dan dari 'Urwah dari 'Aisyah dari Nabi s.a.w. seperti hadith ini.
2791: Menyampaikan kepada kami 'Abdullah bin Abdul Rahman, menceritakan kepada kami Abdullah bin Solih, menyampaikan kepadaku Mu'awiyah bin Solih, dari Abdul Rahman bin Jubair bin Nufair, dari bapanya Jubair bin Nufair, dari Abi ad-Darda' berkata, kami bersama Nabi s.a.w., lalu baginda mengangkat pandangannya ke langit, kemudian baginda bersabda, "Ini adalah waktu ilmu diambil dari manusia, sehingga mereka tidak mampu memperoleh ilmu sedikitpun." Ziyad bin Labid al-Ansori berkata, bagaimana ilmu dapat diambil dari kita, dan sungguh kita membaca al-Quran, demi Allah kami membacanya dan kami membacakannya kepada isteri-isteri dan anak-anak kami. Abu ad-Darda' berkata, malang bagi kamu hai Ziyad, aku menganggapmu termasuk ahli fiqh Madinah, Taurat dan Injil ada disisi orang Yahudi dan Nasrani,
adakah berguna bagi mereka? Jubair berkata, lalu aku menjumpai Ubadah bin as-Shomit dan aku berkata, apakah kamu tidak mendengar apa yang dikatakan oleh saudaramu Abu ad-Darda'? Ubaidah berkata, Abu ad-Darda' benar, jika kamu ingin, tentu aku ceritakan kepadamu tentang ilmu yang pertama diangkat dari manusia iaitu khusyu', hampir-hampir kamu masuk ke masjid jami' maka kamu tidak menjumpai di dalamnya orang yang khusyu'. Ini hadith hasan gharib. Dan Mu'awiyah bin Solih adalah thiqah. Tidak mengetahui dikalangan ahli hadith yang membicarakannya selain Yahya bin Sa'id al-Qaththan. Dan telah diriwayatkan dari Mu'awiyah bin Solih sepeti hadith ini, dan sebahagian ahli hadith meriwayatkan hadith ini dari Abdul Rahman bin Jubair bin Nufair, dari ayahnya, dari 'Auf bin Malik, dari Nabi s.a.w.
Rujukan: Tarjamah Sunan At-Tirmidzi, Drs. H. Moh. Zuhri Dip. TAFL dkk, Victory Agencie, 1998, jilid 4, ms 276-280
Tiada ulasan:
Catat Ulasan