Sabtu, 1 Jun 2013

10 Fakta Tentang Hadith 40 Imam Nawawi

TK nak kongsikan fakta tentang kitab Hadith 40 Imam Nawawi. Fakta ini bukan TK yang kaji, cuma TK curi ilmu orang lain...hahahaha...Oleh kerana TK tak mengkaji, TK kongsikan kajian orang lain. Maka 10 fakta tentang Hadith 40 Imam Nawawi adalah seperti berikut:

#1: Terdapat 45 matan/teks hadith di dalamnya.

#2 - Hadith-hadith di dalamnya diriwayatkan melalui 24 orang sahabat Nabi s.a.w.

#3 - Nama sahabat yang paling banyak berulang di dalamnya ialah Abu Hurairah r.a. (9 hadith) Ibnu Abbas (4), Ibnu Umar (3) dan Abu Dzarr (3).

#4 - Terdapat 30 Hadith dalam Hadith 40 diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim atau salah seorang dari keduanya, selebihnya dari Imam-imam lain.

#5- Hadith 40 terdiri dari 3 bahagian utama - muqaddimah, hadith-hadith dan penutup berkaitan baris beberapa perkataan dan maknanya.

#6- Di dalam muqaddimah Hadith 40 terdapat 3 hadith - 2 sahih dan 1 dhaif (Imam Nawawi sendiri mendhaifkannya) dan menegaskan boleh diamal.

#7- Imam Nawawi selesai menyiapkan susunan Hadith 40 pada malam Khamis, 29 Jamadil Awal, tahun 668 Hijrah. Beliau wafat pd 676H.

#8- Antara murid Imam Nawawi yg meriwayat Hadith 40 darinya ialah Ibn al-Attor. Imam Nawawi yang bacakan kepadanya pada tahun 673H di Damsyiq.

#9- Ibn al-Attor sebut bahawa Imam Nawawi bacakan kepadanya dengan bacaan yang elok dan teratur dan masing-masing memegang satu salinan Hadith 40.


#10- Imam Nawawi sebut dalam muqaddimah Hadith 40 bahawa ia disusun untuk dibaca dan dihafal.

Haaa...apa macam? Menarik tak? Adapun kajian ini TK ambil dari tweet Ustaz Adlan Abd Aziz, terima kasih kerana tweet benda ni, salin dan tampal. Jom follow Ustaz Adlan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan