Ahad, 20 Oktober 2013

Pengendalian Manual

Pengendalian manual / manual handling adalah apa-apa jenis mengangkut atau menyokong beban oleh satu atau lebih orang.
Pengendalian manual termasuk aktiviti-aktiviti seperti: mengangkat, memegang, meletakkan, menolak, menarik, membawa atau menggerakkan beban. Beban boleh menjadi objek bernyawa (manusia atau haiwan) atau tidak bernyawa (kotak, alat-alat dan lain-lain).

Pengendalian manual perlulah dilakukan dengan betul agar tidak mendatang kecederaan ataupun mendatangkan penyakit dalam masa panjang. Pengendalian manual boleh menyebabkan keletihan, dan membawa kepada kecederaan belakang, leher, bahu, lengan atau bahagian-bahagian badan yang lain. Dua kumpulan kecederaan yang diakibatkan daripada pengendalian manual ialah:

  • Luka, lebam, patah dan sebagainya, yang diakibatkan oleh kejadian yang tidak diduga seperti kemalangan
  • Kerosakan kepada sistem badan (otot, tendon, ligamen, tulang, sendi, bursa, saluran darah dan saraf) kesan daripada pengendalian manual berulang-ulang. Kecederaan ini dipanggil musculoskeletal disorders (MSDs) dan boleh dibahagikan kepada 3 kategori:
    • Masalah pada leher dan atas anggota badan
    • Masalah pada bawah anggota badan
    • Sakit belakang dan kecederaan belakang
Gambarajah 1: Teknik mengangkat dan memindah beban dengan betul.

Rujukan:
1. http://www.osha.mddsz.gov.si/resources/files/pdf/E-fact_14_-_Hazards_and_risks_associated_with_manual_handling_in_the_workplace.pdf
2. http://www.atlasknowledge.com/uploads/making-of/brief_manual_handling_3D_MH_02.jpg

Tiada ulasan:

Catat Ulasan