Rabu, 16 Mei 2012

Selamat Hari Guru

Terima kasih cikgu. Selamat Hari Guru untuk semua warga pendidik, baik di rumah, di sekolah, di pusat-pusat pengajian, di masjid-masjid, di kumpulan-kumpulan kecil dan di mana-mana sahaja. Terima kasih cikgu.

Pada kali ini TK nak promosi sebuah buku yang sesuai untuk pendidik. Setiap orang dari kita adalah pendidik. Buku tersebut bertajuk 40 Strategi Pendidikan Rasulullah s.a.w. tulisan Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah terbitan Pelima Media. Menarik untuk dibaca dan dihadamkan dari kulit ke kulit.

TK juga ingin berkongsi sebuah skrip untuk Hari Guru yang TK dapat dari cikgu TK.

Latar tempat:
Di dalam kelas
Watak:
Seorang guru
Pelajar A
Beberapa pelajar yang turut berada di dalam kelas..
Situasi:
Soal jawab

Pelajar A: Cikgu, boleh saya tahu berapa gaji cikgu sebulan?
Cikgu: Ada dalam RM xxxx.xx
Pelajar A: Banyak tu aje? Sikitnya. Gaji cikgu tu cukup untuk beli tayar kereta bapa saya je.
Cikgu: Ye ke? Kalau macam tu bolehlah suruh tayar kereta bapa awak tu ajar awak ya...

Oh... Bersabarlah wahai cikgu-cikgu sekelian. Ada sahabat pernah menyebut bahawa cikgu tebahagi kepada dua kelompok. Kelompok pertama disebut mu'allim dan yang kedua disebut sebagai murabbi. Apakah persamaan dan perbezaan antara keduanya?

Hidup ini satu pilihan, maka pilihlah...
Gold. Glory. Grave.

4 ulasan: