Isnin, 16 Jun 2014

Kalau Tak Baca, Dengar Pun Elok.

Macam-macam alasan mungkin diberi. Namun, jika memang tak dapat nak baca, dengar pun dah elok, manfaatkan teknologi yang ada.
Ustaz Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi  Syed Shahridzan menulis di FB beliau pada 9 Rejab 1435H bersamaan 9 Mei 2014:
---
SURAH AL-KAHFI: SIAPA YANG TIDAK MEMBACA, SEKURANG-KURANGNYA MENDENGAR

Kalau kurang berkehendak untuk baca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, sekurang-kurangnya dengar dari Youtube atau 'download' ke dalam ‘android’, pasang ‘earphone’ dan dengar dengan baik dan menghayati setiap ayat-ayat suci. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan kelebihan surah al-Kahfi, seperti yang diriwayatkan dari Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam:

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ – رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ – أَنَّ النَّبِيَّ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – قَالَ : إِنَّ مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ الْجُمُعَتَيْنِ. رواه الحاكم والبيهقي

Maksudnya: Abu Sa’id al-Khudri RA meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wa Sallam: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat, maka Allah Subhanahu Wa Ta’ala akan meneranginya dengan cahaya dari Jumaat yang dia baca kepada Jumaat yang berikutnya.” Hadith Riwayat al-Baihaqi dan al-Hakim.

Hadith yang menyatakan bahawa mendengar bacaan al-Quran adalah sunnah, berdasar riwayat:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ لِي النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اقْرَأْ عَلَيَّ قُلْتُ أَقْرَأُ عَلَيْكَ وَعَلَيْكَ أُنْزِلَ قَالَ إِنِّي أُحِبُّ أَنْ أَسْمَعَهُ مِنْ غَيْرِي. رواه البخاري

Maksudnya: Abdullah bin Mas’ud RA meriwayatkan: ” Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda kepadaku: “Bacakanlah Al-Quran untukku!”. Lalu aku membalas: “Apakah aku yang membacakan Al-Quran untukmu(Wahai Rasulullah), padahal Al-Quran itu diturunkan kepadamu?”. Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda: “Aku suka mendengarkan bacaan Al-Quran itu dari orang lain.” Hadith riwayat al-Bukhari.

Abu Ruqayyah Ba 'Alawi 

والله أعلم
---
Semoga apa yang dikongsikan dapat dimanfaatkan.

Ikuti beliau di https://www.facebook.com/syed.shahridzan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan