Khamis, 5 April 2012

Diam.


Kedengarannya macam mudah tapi benarkah?
Sangat menarik bila kita dapat belajar dari pengalaman orang lain. Baru-baru ini TK balik ke Lok Heng dan mendengar pengalaman orang lain untuk belajar. Seorang hamba Allah ni telah diuji dengan berita/perkhabaran buruk tentang dirinya. Dia hanya diam sahaja. Diam sahaja.

Diam sahaja? Kalau kita bagaimana? Orang lain mengatakan yang buruk tentang kita, dan ianya tidak benar, bagaimanakah reaksi kita? Diam? Meroyan? Mengamuk? Kecil hati? Meracau-racau dengan mengatakan "Kenapa aku? Kenapa?". Setiap orang akan diuji dalam kehidupannya. Kehidupan pula ialah perpindahan dari satu masalah ke satu masalah yang lain.

Apakah justifikasi dia untuk terus diam? Justifikasinya ialah hadis no 4974 dalam Sahih Muslim. Boleh rujuk dalam kitab masing-masing. Tiada kitab? Kesian. TK pun tidak memiliki kitab itu. Boleh rujuk lidwa.com untuk hadis versi internet. Hadis tu menceritakan fitnah yang berlaku ke atas Ummul Mukminin Aisyah binti Abu Bakar. Memang sayu bila baca hadis tu.

Jadi, apa kaitannya hadis tersebut dengan entri diam ini. Entah. Boleh fikir sendiri rasanya. Namun bagi TK, diam bukanlah suatu perkara yang mudah dibuat bila berhadapan dengan situasi tersebut. Beruntunglah mereka yang mampu diam. Beruntung juga mereka yang mampu mempertahankan diri.

Apa pun,
Hidup ini satu pilihan, maka pilihlah...
Gold. Glory. Grave.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan