Siapakah orang yang bijaksana dan pemurah? Adakah kita? Kawan sebelah kita? Orang yang kita sayang? Bos kita? Anak buah kita?
TK kongsikan status FB Dr Ahmad Faisal Abdul Hamid yang ditulis pada 8 Jamadilakhir 1435H bersamaan 8 April 2014.
Beliau menulis:
---
Seorang
yang bijaksana dan pemurah akan berkogsi hartanya dengan kawan pada 8
sebab,
(1) melihat kekurangan yang terdapat pada kawannya dan merasa
perlu dibantu,
(2) mendapati wangnya lebih dari keperluan, maka ingin
dikongsi dengan kawan yang kurang,
(3) menjangka kawannya akan terjebak
dengan kesusahan, maka segera menghulur agar bila kesusahan segera
mendapat bantuan,
(4) memberi kerana ingin berkongsi sesuatu dengan
kawan,
(5)
memberi kepada kawan kerana ingin menzahirkan rasa hormat kita
kepadanya,
(6) memberi kerana ingin mengelak keburukan yang mungkin akan
dilakukan oleh kawan, lebih lagi jika dia ada kuasa,
(7) memberi kerana
mengenang jasa baik dia kepada kita suatu masa duludan
(8) memberi
kerana kita suka dan sayang kepadanya.
---
Semoga apa yang dikongsikan dapat dimanfaatkan.
Ikuti beliau di https://www.facebook.com/ahmad.faisalhamid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan