Khamis, 8 Mei 2014

Puasa Rejab?

Bolehkah berpuasa pada bulan Rejab? Apa kata ulama' terdahulu?
Ustaz Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi  Syed Shahridzan menulis di FB beliau pada 1 Rejab 1435H bersamaan 1 Mei 2014:
---
Disunatkan berpuasa di bulan-bulan haram antaranya bulan Rejab sepertimana yang dinyatakan oleh Imam Nawawi di dalam al-Majmuk:

قال أصحابنا : ومن الصوم المستحب صوم الأشهر الحرم ، وهي ذو القعدة وذو الحجة والمحرم ورجب ، وأفضلها المحرم

Maksudnya: Para ulama kami(mazhab Syafi'ie) berkata bahawa antara puasa yang disunatkan ialah puasa di bulan-bulan haram, iaitu bulan Zul Qaedah, Zul Hijjah, Muharram dan REJAB. Yang paling afdal ialah bulan Muharram.

Tetapi antara kesilapan sebahagian masyarakat hanya berpuasa di bulan Rejab dan tidak di bulan-bulan haram yang lain.

---
Semoga apa yang dikongsikan dapat dimanfaatkan.

Ikuti beliau di https://www.facebook.com/syed.shahridzan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan