Khamis, 22 Mei 2014

Jangan Remehkan Amalan Sunat

"Amalan ni sunat je, tak buat pun takpe." Betul ke macam tu?
Telah menulis Ustaz Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi  Syed Shahridzan dalam status FB nya pada 2 Rejab 1435H bersamaan 2 Mei 2014.

Beliau menulis:
---
JANGAN DIAMBIL RINGAN AMALAN-AMALAN SUNAT 

عن رفاعة بن رافع رضي الله عنه قال كنا نصلي وراء النبي صلى الله عليه وسلم فلما رفع رأسه من الركعة، قال "سمع الله لمن حمده" فقال رجل وراءه ربنا ولك الحمد حمدا كثيرا طيبا مباركا فيه, فلما انصرف قال "من المتكلم آنفا"، قال أنا قال رأيت بضعة وثلاثين ملكا يبتدرونها، أيهم يكتبها أول. رواه البخاري

Maksudnya:

Rifa'ah bin Rafi' Radiyallahu ‘Anhu berkata, Pada su
atu hari kami bersolat di belakang Nabi Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam. Ketika Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam mengangkat kepalanya dari rukuk, lalu Baginda menyebut: “Sami’allahu liman hamidah (Semoga Allah mendengar pujian dari orang yang memuji-Nya)”. Kemudian seorang lelaki yang berada di belakang Baginda menyebut: 'Rabbana lakal hamdu hamdan kathiran tayyiban mubaarakan fiih (Wahai Tuhan kami, segala pujian untuk-Mu, aku memuji-Mu dengan pujian yang banyak, yang baik dan diberkati)”. Selesai solat Baginda bertanya: "Siapa orang yang membaca (doa) tadi?" Lelaki itu menjawab, "Saya." Baginda bersabda: "Aku melihat lebih dari tiga puluh Malaikat berebut siapa di antara mereka yang mana lebih dahulu untuk menuliskan (pahala besar) kalimat tersebut." (Sahih Imam Bukhari)

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ
رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا

 

PENGAJARAN HADITH:

Kita sering mengambil ringan tentang perkara-perkara sunat di dalam solat dan juga ibadah-ibadah khusus yang lain, sedangkan di sebalik amalan-amalan sunat tersebut tersembunyi dan memiliki ganjaran pahala yang sangat besar. Sudah tentu kita tidak mahu menjadi insan yang rugi. Pastinya juga apabila ada tawaran yang begitu besar ditawarkan, pasti kita tidak akan melepaskannya. Sesungguhnya tawaran Allah Ta’ala jauh lebih besar dan berharga dari tawaran di dunia.

Wallahu A’lam
---
Semoga apa yang dikongsikan dapat dimanfaatkan.

Ikuti beliau di https://www.facebook.com/syed.shahridzan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan