Jumaat, 16 Mei 2014

Guru & Amanah

Selamat Hari Guru!

Pada 24 Jamadilakhir 2014 bersamaan 24 April 2014, Dr. Ahmad Faisal Abdul Hamid ada menukilkan sesuatu berkaitan para guru di FB beliau.

Beliau menulis:
---
- Antara ciri seorang guru yang ikhlas membimbing kita ialah 
(1) tidak menjawab semua soalan yang dikemukakan oleh murid, 
(2) tidak kerap bercerita tentang perkara pelik yang dilaluinya, 
(3) tidak berbicara apa yang tidak difahami oleh muridnya.

- Perkara yang paling berat adalah amanah. Tahukah kita, apa yang dituntut dari seorang yang mendakwa dirinya alim. 
(1) takutkan Allah, 
(2) hidupnya penuh nasihat,
(3) sentisa memberi,
(4) sanggup memikul kesusahan, 
(5) sabar dalam segala tindakan, 
(6) santun dalam perlakuan, 
(7) merendah diri dengan semua manusia, 
(8) jauh dari harta manusia, 
(9) sentiasa membaca buku, 
(10) tidak sukar untuk mendampinginya, pintu rumahnya terbuka buat semua. 
Adakah aku mampu berbuat demikian... ?
----
Semoga apa yang dikongsikan dapat dimanfaatkan.

Ikuti beliau di
https://www.facebook.com/ahmad.faisalhamid
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan