Wanita. Lelaki. Sama? Tak serupa? Apakah rahsianya?
Ini merupakan himpunan status FB Dr. Ahmad Faisal Abdul Hamid berkaitan wanita dan lelaki yang ditulis sekitar 23 dan 24 Jamadilakhir 1435H bersamaan 23 dan 24 April 2014.
Beliau menulis:
---
- Jangan
mencintai wanita atau cuba mencintai wanita jika anda tidak mahu
menjadikan dia sebagai seorang isteri, kerana jika anda jatuh hati
dengannya pasti anda akan memikul 8 petaka yang amat berat,
(1) perit
kerinduan,
(2) perit kecemburuan,
(3) kegelisahan dek berjauhan,
(4) aib
jika sudah terlanjur,
(5) beban ekonomi,
(6) kebuntuan tak menentu,
(7)
tipu muslihat wanita amat licik,
(8) hilang kebijaksanaan.
Oleh
bergaullah dengan wanita secara hormat dan saling menghormati.
- Berbicara
mengenai wanita laksana menyelesaikan teka teki yang tidak berjawapan.
dari dulu sampai sekarang, para cerdik pandai tidak pernah sepakat dalam
memperkatakan mengenai wanita. amat tepat firman Allah dalam surah
Yusof. "sesungguhnya muslihat perempuan itu adalah mengkagumkan".
-10
akibat akan menimpa sesiapa yang suka tenung wanita.
(1) hatinya akan
sentiasa kecundang,
(2) terpadam cahaya hati sedikit demi sedikit,
(3)
tumpul firasat hati tentang manusia,
(4) tertutup pintu ilmu khususnya
ilmu ladunni,
(5) hatinya menjadi penakut dan teragak-agak,
(6) hatinya
kehilangan kebebasan dan kegembiraan mutlak,
(7) syahwat menjadi raja
dihati, manakala dia pula menjadi anjing syahwatya,
(8) mudah untuk
memasuki neraka jahannam,
(9) akalnya akan tumpul dan fokusnya hilang,
(10) hamba kepada gelora nafsu, mangsa penipuan kealpaan.
Oleh kerana
itulah hanya mereka yang cerdik sahaja yang menjaga mata mereka.
- Mungkin
seorang lelaki boleh menulis sebuah buku tentang cinta dan falsafahnya,
namun dia tidak mempu meluahkannya seperti apa yang ditulisnya,
sebaliknya satu perkataan mengenai cinta jika diluahkan oleh perempuan
kepada seorang lelaki, ianya lebih dari sebuah buku yang pernah dikarang
oleh lelaki mengenai cinta.
- Lelaki boleh berkata apa saja mengenai wanita, sebaliknya wanita boleh berbuat apa saja terhadap lelaki.
- Wahai
wanita, aku tidak mampu menghina kecantikan mu walau dengan apa
perkataan pun, namun apa yang aku tahu bahawa wajah yang cantik dan
kesetiaan adalah dua perkara yang sukar terdapat pada mu.
- Seorang
lelaki mungkin mampu mencintai tiga wanita,
(1) wanita untuk dijadikan
isteri,
(2) wanita untuk dijadikan pemuas nafsu,
(3) wanita untuk
dimengadu,
tetapi wanita tidaklah setamak lelaki, dia hanya setia kepada
yang satu, pada yang satu itulah dia bersuami, bercanda dan mengadu.
- Pasangan yang bercinta akan bersama mencapai kemuncak apabila perempuan tidak mendesak dan lelaki pula tidak ego.
---
Semoga apa yang dikongsikan dapat dimanfaatkan.
Ikuti beliau di https://www.facebook.com/ahmad.faisalhamid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan