Khamis, 3 Julai 2014

Rotavirus

Ini merupakan perkongsian berkenaan rotavirus untuk ibu-ibu terhebat.
Safur berkongsi pengalaman beliau mengenai rotavirus di FB beliau pada 9 Syaaban 1435H bersamaan 7 Jun 2014.

Beliau menulis:
---
Personal sharing tentang rotavirus. 
By: Safur

Kenapa namanya 'rota'-virus?

Sbb perkataan 'rota' yg bermaksud roda kerana bentuk virus ini seperti roda apabila dilihat dibawa mikroskop elektron. 
Cara virus merebak? Virus ini amat mudah berjangkit dan boleh kekal selama beberapa jam di atas kulit manusia, malah mampu bertahan beberapa hari di atas permukaan objek keras dan kering. Penyebaran virus juga boleh berlaku melalui orang dewasa yang dijangkiti atau yang menguruskan bayi yang telah dijangkiti(aku letuu...). Virus ini mampu hidup selama seminggu dalam najis individu yang dijangkiti. So sgt senang jngkit dr sorg ke org lain. 

Apa symptom2 yg boleh kita lihat pd anak?
1) Demam.(can be mild fever or tak demam lnsung)
2) Colic.(tak sedap perut/bloating)
3) Hilang selera mkn.
4) Muntah dan
5) Cirit-birit yg abnormal.(6-12x cirit daily, >4days even sudah on medication, tp tiada perubahan) 
6) Ibu pls alert with the poops physically which is very watery, the pungent smell(bau najis anak yg menusuk hidung), the colour itself when it turns to pale yellow with some brown spots)-->ini semua based on pngalaman aku menguruskan anak yg infected. Ini adalah stage di mana kita pnggil stomach flu. Walaubagaimanapun, jangkitan rotavirus di kalangan bayi berusia di bawah umur 3 bulan yang menyusu badan inshaAllah tidak begitu serius. Ini adalah kerana terdapatnya ‘passive immunity’ daripada ibu dan juga perlindungan daripada susu ibu. (As usual, aku soooka promoting ibu2 to breastfeed anak2.. )

Kesan lain dari virus ini yg boleh menyebabkan kematian sekiranya tidak dirawat dgn betul?
Perlu diingatkan disini yg rotavirus itself tidak mnyebabkan kematian...akan tetapi kesan drpd DEHYDRATION atau GASTROENTERITIS(radang usus) may lead to death..(ofkos semua pun dgn izin Allah) Peringkat gastroenteritis plg teruk pd anak aku adalah muntah darah(fresh blood) yg mnyebabkan aku jd terlalu panic, meraung mnyesal, berlari mngampu anak ke katil kecemasan hospital. Anak yg sudah dehydrate kesan daripada muntah/cirit akan mnjadi lemah/diam tak bermaya juga biasanya berdepan dengan masalah mencerna lactose drpd susu. (So, tolong stop sekejap dr memberi susu lembu formula) mereka akan mengalami ‘lactose intolerance’ oleh sbb usus yg 'cedera' akibat tindakan virus yg mngganggu production lactase enzyme. (Enzim lactase adalah utk cerna lactose drpd susu formula) Anak yang dehydrated perlu rawatan di wad hospital dgn memasukkan cecair intravenous ke dalam badan.(utk ganti blk cecair electrolyte dlm badan yg keluar sbb muntah/cirit tu) Tiada ubat rotavirus ke?

Those yg sudah follow my previous notes mungkin sudah baca yg ANTIBIOTIC HANYA BUNUH BACTERIA. BUKAN VIRUS. 

Habis mcmana nak bunuh virus??? Amik pisau dan tikam sekor2. Hahha.. virus adalah bkn organisma hidup, perlu perumah(manusia) utk DNA replicate. So, any viral infection pd anak hanyalah perlu kekuatan IMMUNE SYSTEM anak itu sendri utk melawannya. Maka TIADA UBAT. Anak perlu IMMUNE BOOSTER utk melawan virus NATURALLY.
So, apa tindakan merawat?
1) Warded utk masukkan, ganti cecair dlm badan.
2) Bancuh serbuk Smecta utk solidify najis anak. (Aku masukkan dlm susu/mknan pun boleh,itupun kalu anak nak mkn)
3) Tukar susu kpd susu soya(sbb anak sudah tak boleh digest lactose) 4) Pujuk anak minum air byk2(aku bg air zamzam byk, air kelapa sikit)
5) Bancuh susu bersama PROBIOTICS(good bacterias) utk 'bela' blk bakteria baik yg sudah flushed out semasa ciritbirit. Good bacterias perlu utk 'baiki' flora usus anak yg rosak akibat tindakan virus td seterusnya to up the immune system. 
6) Bagi mkn VCO 10-15ml 3x daily.(Part plg aku disiplin bagi anak) 7) Jaga kebersihan sentiasa. Sabun/cuci tgn dgn antibacterial soap as sgt senang jangkit.
8) DOA. DOA. DOA.. Alhamdulillah, aku dpt melihat Darwisy sudah berlari aktif pd hari ke-4 semasa discharged. FYI, aku sudahpun infected dr anak aku ketika notes ini mula di type.
---
Semoga apa yang dikongsikan dapat diambil manfaat oleh ibu-ibu terhebat.

Ikuti beliau di https://www.facebook.com/safur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan