Isnin, 14 April 2014

Bolehkah Sedekah Al-Fatihah Kepada Si Mati?

Perkara ini adalah suatu isu yang lama dan berpanjangan. Ada yang kata boleh, ada yang kata tidak.

Tulisan ini TK ambil dari FB Ustaz Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi  Syed Shahridzan. Ditulis pada 24 Jamadiawal 1435H bersamaan 26 Mac 2014.

Beliau menulis:
---
AL-FATIHAH... BETUL KE TAK BOLEH???

Ada orang kata, membaca al-Fatihah kemudian disedekahkan pahala bacaannya kepada si mati adalah amalan yang tiada petunjuk dan contoh dari Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Pendek kata, ada orang kata amalan ini adalah bidaah di dalam agama sebab Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam tidak pernah buat dan ajar.

Memang ada orang cakap lagu tu, tetapi saya s
ama sekali tidak sanggup menyatakan Imam Ahmad bin Hanbal Radiyallahu ‘Anhu melakukan amalan bidaah. Sebab saya yakin Imam al-Sunnah, pengasas mazhab Hanbali tidak mungkin mempromosi dan menggalakkan orang ramai melakukan bidaah munkarah.

Di dalam kitab Tabaqat al-Hanabilah karangan Imam Ibn Abi Ya’la dan kitab al-Azkar karangan Imam al-Nawawi menukilkan riwayat yang merekodkan kenyataan Imam Ahmad seperti berikut:

قال محمد بن أحمد المروروذي سمعت أحمد بن حنبل يقول إذا دخلتم المقابر فاقرؤوا بفاتحة الكتاب والمعوذتين وقل هو الله أحد واجعلوا ثواب ذلك لأهل المقابر فإنه يصل إليهم.

(طبقات الحنابلة للإمام أبي الحسين ابن أبي يعلى. باب الميم, محمد بن إبراهيمبن سعيد بن موسى بن عبد الرحمن أبو عبد الرحمن)

Maksudnya: Muhammad bin Ahmad al-Marwarruuzi berkata, aku mendengar Ahmad bin Hanbal berkata, “Jika kalian masuk ke kawasan kubur maka bacalah Fatihah al-Kitab(surah al-Fatihah), Mu’awwizatain dan Qul Huwallahu Ahad, dan jadikan pahala (bacaan) itu untuk ahli-ahli kubur, sesungguhnya ia(pahala) sampai kepada mereka.” (Rujuk: Tabaqat al-Hanabilah, Imam Abu al-Husein Ibn Abu Ya’la)

Wallahu A'lam


Abu Ruqayyah Ba 'Alawi

---
Semoga apa yang dikongsikan dapat dimanfaatkan.

Ikuti beliau di https://www.facebook.com/syed.shahridzan 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan