Tulisan ini TK ambil dari FB Ustaz Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi Syed Shahridzan. Ditulis pada 3 Jamadilawal 1435H bersamaan 5 Mac 2014.
Beliau menulis:
---
IMAM ABU HANIFAH DAN SEORANG KANAK-KANAK
رأى الإمام أبو حنيفة غلامًا يلعب بالطين، فقال له: يا غلام، إياك والسقوط في الطين. فقال الغلام للإمام: إياك أنت من السقوط، لأن سقوط العالِم سقوط العالَم. فكان أبو حنيفة لا يفتي بعد سماع هذه الكلمة إلا بعد مدارسة المسألة شهرًا كاملاً مع تلامذته. - مقدمة حاشية ابن عابدين
Maksudnya: Suatu hari Imam Abu Hanifah melihat seorang kanak-kanak sedang bermain dengan tanah, lalu Imam Abu Hanifah menyapa kanak-kanak itu, "Wahai anak! hati-hati, jangan sampai jatuh di atas tanah". Lalu kanak-kanak tersebut membalas, "Imam juga harus berhati-hati dari jatuh, kerana jatuhnya seorang alim bermakna alam turut jatuh". Semenjak mendengar kata-kata itu, Imam Abu Hanifah tidak lagi berfatwa melainkan selepas bermuzakarah bersama anak-anak muridnya selama sebulan. (Muqaddimah Hasyiah Ibn 'Abidin)
Maksud kata kanak-kanak tersebut, jika seorang alim ulama tergelincir di dalam menyampaikan ilmu dan maklumat maka kesalahan itu akan menyebabkan masyarakat dan sekitarnya rosak dan purak puranda.
---
Semoga apa yang dikongsikan dapat dimanfaatkan.
Ikuti beliau di https://www.facebook.com/syed.shahridzan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan