Isnin, 23 Mei 2011

KAIZEN - Falsafah


Hari ini TK ingin berkongsi maklumat yang TK dapat dalam kursus hari ini. Sementara tidak ada kerja yang melambak, baik TK tulis di sini, nanti dah sibuk tidak sempat pula nampaknya.


Hari ini TK belajar mengenai KAIZEN. Apakah KAIZEN itu? Kaizen berasal dari perkataan Jepun iaitu Kai dan Zen. KAI bermaksud perubahan manakala ZEN bermaksud baik (lebih baik). Maka KAIZEN bermaksud perubahan yang berterusan ke arah yang lebih baik.
Mungkin ada yang ingin pertikaikan kenapa perlu ambil sesuatu yang asing, sedangkan dalam Islam ada bermacam-macam kaedah. Kenapa tidak? Kita ini hidup janganlah sombong dengan ilmu, kutiplah hikmah di mana-mana sahaja kita menjumpainya. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam.

Dalam Kaizen ini terdapat lima elemen penting bagi memastikan matlamat Kaizen ini tercapai.

Tanpa kelima-lima elemen ini, untuk mencapai matlamat Kaizen adalah mustahil. Setiap satu elemen ini menyokong elemen-elemen yang lain. Untuk maklumat lanjut berkaitan elemen-elemen ini, boleh baca pada entri berikutnya.

Hidup ini satu pilihan, maka pilihlah...

Gold, Glory, Grave.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan