Selasa, 24 Mei 2011

Elemen-elemen Kaizen

Lima komponen penting dalam mencorakkan perlaksaan Kaizen yang berkesan terdapat dalam gambarajah di atas.

Kerja Berpasukan >> Kerja berkumpulan boleh didefinisikan sebagai penggabungan sekumpulan manusia untuk mencapai tahap kecekapan dan efisyen yang lebih baik. Ia juga bermaksud keupayaan mengenali dan memahami kekuatan-kekuatan pelbagai dan keupayaan-keupayaan yang terdapat dalam kumpulan untuk mencapai satu penyelasaian yang lebih baik. Seseorang itu dianggap bekerja secara individul jika ia bergerak ke kiri berdasarkan gambarajah di bawah. Semakin ia ke kanan, semakin mudah ia bekerja dalam kumpulan.

Disiplin Peribadi >> Disiplin peribadi merujuk kepada kebolehan diri sendiri mencapai satu tugas yang tertentu atau mengambil satu corak kelakuan tertentu, sekalipun lebih suka melakukan sesuatu yang lain. Dalam kata lain seseorang yang mempunyai disiplin peribadi yang tinggi akan mengejar matlamat yang ingin dicapai tanpa putus asa walaupun banyak rintangan yang muncul.

Semangat Yang Lebih Baik >> Semangat yang lebih baik sangat penting dalam sesebuah kumpulan bagi mencapai matlamat yang telah digariskan. Semangat yang lebih baik merupakan aspek yang paling genting dalam mencapai matlamat untuk jangka masa panjang.
Kumpulan Kualiti >> Kumpulan kualiti juga dikenali sebagai kumpulan meningkat mutu kerja ataupun terkini sebagai kumpulan inovasi dan kreativti. Kumpulan ini bertanggungjawab dalam memikirkan kaedah dan perlaksanaan penambahbaikkan keselamatan, hasil, proses dan sebagainya. Terdapat proses dalam melaksanakan tanggungjawab dalam kumpulan kualiti ini, ia adalah seperti berikut:

Cadangan Untuk Peningkatan >> Cadangan untuk peningkatan amat penting bagi memastikan sistem yang di bina akan sentiasa ditambahbaik bagi memastikan matlamat dicapai dengan jaya. Setiap ahli dalam sesebuah organisasi hendaklah sentiasa memberikan cadangan bagi menambahbaik sistem sedia ada.

Hidup ini satu pilihan, maka pilihlah...
Gold. Glory. Grave.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan