Khamis, 12 Jun 2014

Kitab Al-Majmu'

Jom berkenalan dengan Kitab al-Majmu'.

Ustaz Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi  Syed Shahridzan menulis di FB beliau pada 12 Rejab 1435H bersamaan 12 Mei 2014.


Beliau menulis:
---
BIOGRAFI KITAB AL-MAJMU'

Silsilah kitab termasyhur dalam mazhab Syafi'ie iaitu "al-Majmu' " karya Imam Yahya bin Syarf al-Nawawi(meninggal: 676h). 

Kitab al-Majmu' merupakan syarah kitab "al-Muhazzab" karya Imam Abu Ishaq al-Syirazi(meninggal: 467h).

Kitab al-Muhazzab pula adalah ringkasan dari kitab "al-Ta'liqah al-Kubra" karya Imam Abu al-Tayyib al-Tabari(meninggal: 450h).

Manakala kitab al-Ta'liqah merupakan syarah kepada kitab "Mukhtasar al-Muzani" yang menghimpun fatwa Imam al-Syafi'ie mengikut bab fiqh. Ia dikarang oleh Imam al-Muzani(meninggal: 264h) anak murid Imam al-Syafi'ie di Mesir.

"Mukhtasar al-Muzani" juga merupakan ringkasan dari kitab "al-Umm" juga himpunan fatwa-fatwa Imam mengikut bab fiqh yang ditulis oleh anak murid beliau, dikatakan Imam al-Buwaiti(meninggal: 231h) dan ada yang menisbahkannya kepada Imam al-Rabi' bin Sulaiman(meninggal: 270h).
---
Semoga apa yang dikongsikan dapat dimanfaatkan.

Ikuti beliau di https://www.facebook.com/syed.shahridzan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan