Khamis, 24 April 2014

Wuduk: Membazir Walaupun Di Sungai

Membazir dalam berwuduk berlaku hampir di mana-mana sahaja dan hampir semua orang melakukannya.

Tulisan ini TK ambil dari FB Ustaz Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi  Syed Shahridzan. Ditulis pada 2 Jamadilawal 1435H bersamaan 4 Mac 2014.

Beliau menulis:
---
Masih ramai yang melakukan pembaziran yang besar ketika mengambil wuduk dengan membuka pili air sebesar-besarnya dan membiarkan air keluar mencurah-curah tanpa dimanfaatkan dengan betul. Apatah lagi air yang digunakan itu adalah air wakaf di masjid dan surau yang tidak sepatutnya dibazirkan sesuka hati. Ini jelas bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW.

عن أنس رضي الله عنه ، قال : كان النبي صلى الله عليه وسلم يتوضأ بالمد ، ويغتسل بالصاع ، إلى خمسة أمداد. متفق عليه

Maksudnya: Anas bin Malik RA berkata, "Rasulullah SAW berwuduk dengan satu Mud dan mandi dengan satu So' hingga lima Mud". Sahih al-Bukhari dan Muslim

(Ukuran mud bersamaan 625 gram atau bersamaan 750 ml. Ukuran So' berukuran lebih kurang 3 liter air)

Lihat! bertapa sedikitnya air yang digunakan oleh Rasulullah SAW untuk bersuci. Perhatikan hadith di bawah ini bahawa Baginda SAW sangat menitik beratkan penggunaan air agar tidak digunakan secara melulu dan membazir meskipun air itu digunakan untuk tujuan ibadat.

وعن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما ، أن النبي صلى الله عليه وسلم مر بسعد وهو يتوضأ فقال : ما هذا السرف يا سعد قال : أفي الوضوء سرف ؟ ! قال : " نعم ! وإن كنت على نهر جار ) رواه أحمد ، وابن ماجه .

Maksudnya: Abdullh bin Amr bin al-'As RA meriwayatkan bahawa suatu hari Rasulullah SAW melintasi Sa'ad bin Abu Waqqas RA yang sedang berwuduk, lalu Rasulullah SAW berkata: Apa pembaziran ini? Lalu Sa'ad membalas, "Adakah dikira membazir untuk wuduk?". Rasulullah SAW bersabda, "Ya, walaupun kamu di sungai yang mengalir". Hadith riwayat Imam Ahmad dan Ibn Majah.

Wallahu A'lam

Abu Ruqayyah Ba 'Alawi

--- 
Semoga apa yang dikongsikan dapat dimanfaatkan.

Ikuti beliau di https://www.facebook.com/syed.shahridzan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan